Laman Utama
Memasuki Usia 4 Tahun Perkahwinan, Priyanka Chopra Tak Mahu Tergesa Miliki Cahaya Mata
Aktres Bollywood popular, Priyanka Chopra tidak mahu tergesa-gesa dalam soal menimang cahaya mata.
Memetik laporan Hindustan Times, Priyanka kini sibuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya ditambah lagi dengan filem terkininya, The White Tiger yang baru ditayangkan menerusi Netflix.
Priyanka juga mengakui pernah berhasrat untuk memiliki ramai cahaya mata sebelum ini, namun itu adalah kata-katanya beberapa tahun lalu.
"Itu adalah kata-kata saya beberapa tahun yang lalu, jangan berpegang kepada kenyataan saya sepuluh tahun lalu, saya tidak tahu.
"Saya akan lakukan yang terbaik apabila melibatkan saya dan Nick," katanya.
Apabila ditanya sama ada merancang untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat, Priyanka ketawa dan berharap agar tekanan sebegitu dapat dihentikan.
"Hentikan tekanan itu, lebih baik beri sokongan kepada filem saya yang baru keluar ini," katanya ringkas.
Terdahulu, Priyanka dan suaminya penyanyi Nick Jonas berkahwin pada 1 Disember 2018 di Jodhpur, India.
Sumber : Hindustan Times
Kredit Foto : Variety