Member Sibuk Buat E-Filing, Anda Terpinga-Pinga? Layak Ke Dikenakan Cukai? Ini Info Wajib Tahu!
08/03/2021 23:30 MYT
Dalam tempoh ini ramai yang sibuk untuk mengisi setiap pelepasan cukai yang telah ditetapkan LHDN.
Namun, pasti ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya pelepasan cukai dan adakah perlu atau layak membayar cukai?
Menerusi laman rasmi LHDN, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 selepas potongan KWSP perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 jumlah itu dinaikkan kepada penggajian tahunan melebihi RM34,000 selepas potongan KWSP.
Menurut LHDN, sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Jadi apakah yang patut dilakukan jika layak dikenakan cuka?i
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi LHDN.