Berita

Membunuh Sambil Buat FB Live, Polis Buru Lelaki Bernama Steve Stephens

gempak
Syafiqah Jalal
17/04/2017
13:45 MYT
Sponsor Banner
Membunuh Sambil Buat FB Live, Polis Buru Lelaki Bernama Steve Stephens
Polis sedang memburu seorang lelaki yang membunuh seorang lelaki menerusi Facebook (FB) Live semalam.
Dia yang dikenali sebagai Steve Stephens, turut mengaku telah melakukan pembunuhan lain sebelum ini menerusi FB Live tersebut.
Video tersebut menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu sedang memandu SUV Ford Fusion, lalu menghampiri seorang lelaki tua di jalanan dan melepaskan tembakan.
Menurut sumber, Stephens didakwa telah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha untuk mengesahkan perkara tersebut.
Pembunuh itu juga dipercayai berkerja sebagai pengurus penjagaan kesihatan.
Dia yang dikatakan tidak puas hati dengan bekas teman wanitanya, Joy Lane telah membuat keputusan untuk membunuh.
Stephens berkata, dia hanya akan berhenti membunuh jika wanita itu atau ibunya menghubunginya.
Lane yang merupakan bekas anggota tentera udara telah menjalin hubungan dengan Stephens selama tiga tahun.
Sumber : Thesun.co.uk Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live