Memey Suhaiza Nak Tambah Tiga Orang Anak Sebelum ...

Zulaikha Yusof
Ogos 11, 2020 04:03 MYT
Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan dia ingin menimang tiga orang cahaya mata lagi.
Menurut Memey, sasaran itu ingin dilakukannya sebelum umur memasuki 40 tahun.
"Tiga orang. Mummy target nak tambah lagi tiga sebelum umur 40.
"Kita merancang.. Semuanya dengan izin Allah kan," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, isteri kepada aktor dan pengacara Norman Hakim ini mendoakan kepada pasangan yang sedang berusaha sama seperti dirinya agar dimakbulkan doa oleh Allah.
"Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga , mummy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan," tulisnya lagi.
Perkongsian itu turut menarik perhatian Norman untuk meninggalkan komen di ruangan tersebut.
"Halamakkk dia dah bagi hint laaaa," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: "Wah, Nak Ada Baby Lagi Ke?" - Memey Suhaiza Disangka Mengandung, Ini Penjelasan Norman Hakim...
Memey dan Norman berkahwin pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
#Anak #Memey Suhaiza #Norman Hakim