Memey Suhaiza Selamat Lahirkan Baby Girl!

Amri Hassan
Julai 12, 2018 09:54 MYT
Pelakon Norman Hakim telah berkongsi berita gembira mengenai isterinya, Memey Suhaiza yang telah selamat melahirkan seorang anak perempuan.
Berita tersebut dikongsi menerusi entri terbaru di Instagram milik pelakon tersebut.
"Alhamdulillah, isteri saya selamat lahirkan bayi perempuan seberat 3.35 kg jam 12.52 tengah hari tadi.
"Terima kasih diatas doa kalian yang tidak putus-putus, Amin Ya Rabb," tulis Norman.
Sebelum ini, pasangan tersebut mempunyai dua orang anak lelaki iatu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.
Kelahiran bayi perempuan tersebut telah menamatkan penantian netizen yang ternanti-nanti sejak Memey berada di bilik bersalin pagi tadi.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Norman Hakim
#Norman Hakim #Memey