HIBURAN
Memukau Dengan Kepelbagaian Teknik, Ernie Zakri Syukur Julang Trofi Vokal Terbaik… Bakal Tampil Di Pentas GMWA Ahad Ini
Penyanyi Ernie Zakri bersyukur apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang berlangsung pada Ahad.
Kembali mengungguli trofi yang menjadi idaman finalis itu, Ernie yang mempertaruhkan lagu Aura akui lagu tersebut berhak mendapat perhatian semua pendengar.
“Saya syukur dan gembira. Usaha beberapa bulan ini sangat membuahkan hasil.
“Tahun ini memang paling tak jangka tetapi saya harus jujur lagu Aura ini sangat berhak untuk diberikan perhatian dan peluang untuk didengari.
“Alhamdulillah, itu yang saya mampu buat untuk persembahan Aura tersebut, ujarnya kepada pemberita ketika sidang media.
Dalam pada itu, Ernie juga bakal tampil di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024) untuk membuat persembahan.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Tampil memukau dengan mempamerkan kepelbagaian teknik vokal, Ernie menyifatkan persembahannya itu sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Aura.
“Saya sejujuranya saya ‘speechless’, saya tak jangka Alhamdulillah ini rezeki.
“Lagu Aura ini saya sudah meletakkan apa yang saya letak yang sesuai dengan mesej dan vibes lagu ini. Sebab itu ada sedikit soprano dan RnB.
“Bonus juga saya dibantu oleh Koir Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan penyanyi soprano yang baik. Jadi aura mereka juga menyerlah,” kongsinya gembira.
Ditanya mengenai kondisi kesihatannya selepas terkena jangkitan keradangan pita suara dua minggu lalu, isteri kepada penyanyi Syamel itu hanya berserah dan melakukan dengan terbaik pada malam AJL39 biarpun dinasihatkan untuk berehat seketika.
“Sebenarnya suara ini belum sepenuhnya pulih, doktor menyarankan untuk saya berehat sekejap dari menyanyi selama sebulan lebih.
“Tapi apa boleh buat, AJL kan. Senang cerita, kepala otak saya cuma fikir ‘bantai’ saja dan menyanyi.
“Alhamdulillah ini rezeki Allah, saya mampu buat termampu saya,”ujarnya.
Untuk info, Ernie pernah menjulang trofi Vokal Terbaik sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Aku Cinta, Gundah dan kini Aura.
Must-Watch Video