Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Memula Jangan Paksa Diri Untuk Labuh...Yang Penting Tutup 'Gunung-Ganang'" - Khiriah Ajar Cara Nak Istiqamah Jaga Aurat

ZULHILMI JALIL
15/09/2020 02:30 MYT
Pelakon Noorkhiriah menasihati individu yang mahu melakukan penghijrahan dari segi penampilan imej yang menutup aurat agar tidak melakukannya secara drastik.

Ini kerana, menurut Noorkhiriah dia bimbang sekiranya perubahan diri secara mendadak itu sukar untuk terus dikekalkan sehingga ada yang cuba untuk kembali dengan imej lama.

"Jangan drastik nanti kot terkejut diri, itu yang patah balik tu.

"Mula-mula, jangan paksa diri untuk labuh (pakai). Yang penting, tutup 'gunung-ganang'. Berubah itu mudah istiqamah itu susah," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut Noorkhiriah turut memuat naik dirinya dengan imej tudung labuh yang mula dipraktikkannya.

Jangan drastik nanti kot tkejut diri..itu yg turn back tu..memula jgn paksa diri tuk labuh..yg penting tutup gunung ganang..Berubah itu mudah Istiqomah itu susah maka ajar diri skit demi sdikit tuk tutup aurat yg wajib..lengan,kaki,kepala,anggota lain..bukan sekadar tutup tapi longgarkan pakaian agar takde benjol,bengkak sana sini..itukan aurat kalu org kata pape diam jgn balas.nak berubah tak semudah yg disangka..semuani Allah yg suruh bukan Ustaz bukan juga Ustazah..Allah sayang kita hambaNya sb azab membuka aurat dgn sengaja sangat hebat..makin lama makin ramai yg mempamerkan tubuh demi kepuasan diri..doakan..sb pengakhiran ssorang itu kita tidak tahu..ingat..labuh tidak selamanya labuh..singkat tidak selamanya singkat..Petunjuk & Hidayah Milik Allah..keep doakan diri sendiri..dan semua..Doa Senjata Orang Mukmin..karangan ini juga untuk diri akak yang sentiasa buat dosa..tak kira masa tak kira saat...Allah tutup AIB kalu buka lalat pun taknak SINGGAH..

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Menurutnya lagi, langkah pertama yang boleh diambil ialah dengan cuba menutup bahagian anggota badan yang wajib.

"Ajar diri sedikit demi sedikit untuk tutup aurat yang wajib, lengan, kaki, kepala, anggota lain.

"Bukan sekadar tutup tetapi longgarkan pakaian agar tak ada benjol, bengkak sana sini..itukan aurat," jelasnya.

Pada masa sama, Noorkhiriah turut menasihati mana-mana individu yang cuba berhijrah untuk tidak mudah terkesan dengan cakap-cakap orang sekeliling yang mungkin mengkritik.

"Kalau orang kata apa-apa diam jangan balas. Nak berubah tak semudah yang disangka. Semua ini Allah yang suruh bukan ustaz bukan juga ustazah. Allah sayang kita hambaNya sebab azab membuka aurat dengan sengaja sangat hebat.

"Makin lama makin ramai yang mempamerkan tubuh demi kepuasan diri. Doakan sebab pengakhiran seseorang itu kita tidak tahu.

"Ingat..labuh tidak selamanya labuh, singkat tidak selamanya singkat. Petunjuk dan hidayah milik Allah. Terus doakan diri sendiri dan semua," katanya.

Sebelum ini, Noorkhiriah pernah mengakui terdetik bimbang akan nasib rezekinya sebagai pelakon sebelum membuat keputusan untuk berhijrah kira-kira sedekad yang lalu.

BACA: “Saya Nak Sangat Bertudung Tapi Takut…”-Tak Yakin Rezeki Tuhan, Noorkhiriah Imbas Ketika Hendak Berhijab

#Aurat #Hijrah #noorkhiriah
;