Imej terkini Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang cukup memukau telah dikongsikan oleh NASA.

Imej tersebut telah dirakam oleh Teleskop Luar Angkasa James Webb yang diketahui sebagai aset termahal dan tercanggih dari NASA.

CNN melaporkan imej Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang berjaya dirakamkan itu berusia 6,500 tahun cahaya.

Teleskop Webb merakamkan imej yang cukup menakjubkan dan memukau itu menggunakan kamera inframerah yang juga dikenali sebagai NIRCam untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan menarik kepada para astronomi.

Tiang tiang tersebut kelihatan seperti gerbang dan puncak menara yang tinggi terdiri dari tiga buah tiang yang berdiri daripada batu.



Ironi ia terhasil daripada gas-gas dan habuk angkasa dan dinamakan sedemikian kerana tempat ini merupakan tempat lahirnya bintang-bintang baharu.

Sebagai informasi, Teleskop James Webb telah dibina selama tiga dekat dengan nilai sebesar USD 10 bilion.

Untuk rekod, kejadian sama pernah dirakam atau dicerap Teleskop Angkasa Hubble NASA pada tahun 1995 sebelum sekali lagi terakam pada tahun 2014.