“Menakutkan, Duduk Diam Pun 190/110” - Darah Tinggi Antara Sebab Abby Abadi Jalani Pembedahan Bariatric

Mya Amri
Ogos 3, 2020 08:14 MYT
Pelakon Abby Abadi telah selamat menjalani pembedahan 'ikat perut' atau lebih dikenali Bariatric surgery.
Dedah Abby, dia berasa gementar untuk melakukan pembedahan namun demi kesihatan aktres itu memberanikan diri untuk melakukannya.
“Masa ditolak masuk bilik pembedahan macam-macam juga fikir, siap pesan dekat suami nombor password akaun bank kalau apa-apa jadi.
“Sebelum masuk timbang berat dulu. 92 kg! Paling berat seumur hidup saya tau. Macam tak percaya je sebab kali terkakhir timbang beberapa bulan lepas 79, 82 kg. Sempat suami cakap ini kalau dibiarkan mahu capai 100 kg.
“Paling utama selain berat badan, penyakit darah tinggi saya pun bacaannya sangat menakutkan. Duduk diam pun sampai 190/110. Turunnya pun 170, 151.
“Antara sebab utamala arwah baby-baby dan suami tak dapat diselamatkan sebab saya lambat bertindak.
“Yelah sebab sangka tak teruk mana pun walaupun dah tak boleh tinggal ubat dah sebenarnya.
“Paling ngeri bila tahu darah tinggi pembunuh senyap. (Bariatric ni antara usahalah untuk sihat sebab tanggungjawab banyak/besar),” kongsinya.
Terdahulu, pembedahan Bariatric untuk menguruskan badan merupakan prosedur paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.
Dikenali sebagai pembedahan Bariatrik, ia adalah pembedahan minor bagaikan pembedahan pundi hempedu yang mengambil masa sekitar 30 minit saja.
Pembedahan Bariatrik dijalankan dengan menggunakan kaedah laparoskopi iaitu dengan menebuk antara empat hingga lima lubang pada bahagian perut sebelum 'stapler' dimasukkan menerusinya untuk memotong. Pada masa sama mencantumkan bahagian berkenaan.
Antara selebriti yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik ialah juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah pada 2018.
#Abby Abadi #Bariatric Surgery