Kumpulan pancaragam Sri Dasmesh Pipe Band mengharumkan nama negara apabila muncul sebagai juara di Kejohanan Band Pipe Dunia yang berlangsung di Scotland semalam.

Pengumuman itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi mereka malam tadi.

Menurut posting itu, Sri Dasmesh Pipe Band muncul juara keseluruhan serta mendapat tempat pertama dalam kategori 'drumming' dan 'best parade'.

Difahamkan, ini kali kedua Malaysia mengambil bahagian dalam siri dunia yang dianjurkan oleh Persatuan Royal Scottish Pipe Band.

Seramai 8,000 peserta membabitkan 195 kumpulan berkumpul di Glasgow Green selama dua hari terakhir iaitu 16 hingga 17 Ogos.

Kesemua kumpulan terdiri daripada 13 negara termasuk New Zealand, Australia, Kanada, Austria, Switzerland, Eire, Amerika Syarikat, Belgium, England, Sepanyol, Malaysia, Ireland Utara dan Scotland.

Tahniah Gempak ucapkan kepada Sri Dasmesh Pipe Band!