Hiburan
Menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019, Astro Buat Kejutan Belanja Makan!
Sempena pengiktirafan sebagai 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brands 2019 baru-baru ini, Astro telah mengadakan kejutan secara rawak kepada pelanggan!
Beberapa wakil dari Astro telah hadir ke Restoran Devi's Corner, Bangsar pada Jumaat lalu untuk memberi kejutan kepada pelanggan yang sedang makan di sana.
Menariknya, bil makanan dan minuman setiap pelanggan Astro yang berada di restoran terbabit telahpun dibayar sepenuhnya oleh pihak Astro.
Berikut adalah beberapa foto menarik sepanjang kejutan itu berlangsung.
Untuk pelanggan Astro seluruh Malaysia, usah khuatir, ada juga berpeluang menikmati ganjaran dengan tontonan semua rancangan secara percuma di Astro dan Astro Go dari 29 September hingga 13 Oktober ini.
Ia juga sebagai satu susulan kemenangan Astro di Anugerah Putra Brands 2019 yang berlangsung pada 27 September lalu.
Bagi tahun 2019, pemenang bagi Anugerah Putra Brands dipilih berdasarkan tinjauan dilakukan ke atas 8,000 pengguna, berdasarkan faktor keinginnan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan yang dicalonkan.
Dilancarkan pada 2010, Anugerah Putra Brand ialah inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna.
Sebanyak 129 Anugerah daripada 23 kategori dipertandingkan dalam anugerah itu bagi tahun ini.
Must-Watch Video