Hiburan

Menang Filem Animasi Terbaik Di Brazil, Sarawak Hadiahkan RM25,000 Untuk Dua Murid 11 Tahun

Amri Hassan
17/12/2020
04:53 MYT
Kemenangan dua murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan (SK) Temong, Serian yang mengungguli anugerah filem terbaik di Festival de Cinema Escola de Alvorada (FECEA), Brazil mendapat perhatian Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menghadiahkan insentif berjumlah RM25,000 kepada mereka.
Menurut Ketua Menteri Sarawak itu, pencapaian dua anak muda, Macgres Sawet dan Nabiatul Dania Zulfiqa menerusi filem berjudul 'Batuh Bijanji' ini amat membanggakan pada usia yang begitu muda.
“Apabila saya melihat kejayaan ini, saya merasakan anak kita di peringkat rendah sudah dapat menguasai kemahiran animasi digital. Lebih menarik, mereka dari pedalaman," katanya.
Tambah beliau, susulan kejayaan tersebut beliau ingin melihat lebih ramai lagi anak muda di luar sana menceburi bidang yang sama.
Katanya lagi, pendidikan teknologi juga mampu memberi pemahaman yang lebih luas dalam aspek pembelajaran lebih-lebih lagi dalam subjek yang berkait rapat seperti Matematik dan Sains.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan insentif kepada Sekolah Kebangsaan SK Temong, Serian di Pejabat Ketua Menteri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Rabu.
Terdahulu, dua murid berusia 11 tahun dari sekolah berkenaan mengharumkan nama negara apabila karya filem pendek bertajuk ‘Batuh Bijanji’ yang membawa maksud batu perjanjian diumumkan sebagai juara bagi kategori filem terbaik Festival de Cinema Escola de Alvorada (FECEA), Brazil.
Filem animasi berdurasi 34 saat itu turut tercalon dalam kategori Animasi Terbaik bagi peringkat sama. Batuh Bijanji membawa maksud batu perjanjian dalam Bahasa Bidayuh Serian dan menceritakan kisah dua sahabat.
Sementara itu, bagi guru pembimbing kepada Macgres dan Nabiatul, Mohd Reduan Patah berkata pencapaian kedua-dua murid ini amat membanggakan, sekali gus membuktikan pelajar luar bandar juga mempunyai iltizam yang tinggi untuk berjaya seperti orang lain.
“Saya terkejut pada mulanya dan rakan sekerja saya memberitahu tentang perkara ini. Saya membantu mereka untuk menghantar penyertaan ke pertandingan tersebut.
“Pada tahun lepas juga kami ada menyertainya tetapi hanya mendapat tempat 11 teratas sahaja,” ujarnya. Namun, setiap kejayaan pasti ada rintangannya. Kata guru tersebut, cabaran utama yang dihadapi mereka dalam penghasilan animasi ini adalah masalah capaian internet.
“Di sekolah kami ada kawasan yang ada line dan ada sesetengah kawasan tiada liputan. Selain itu, anak murid saya juga ada yang terpaksa meminjam gajet daripada ibu bapa untuk menjalani kelas dalam talian,” kata cikgu Reduan.
Selain dia, dua murid berkenaan turut dibimbing Cikgu Wan Zulfadli Ad-Dinne Wan Azmi.
“Saya merasakan anak didik saya mempunyai potensi dan bakat terpendam.
“Sebelum bermulanya projek ini, saya amat kagum dengan kemahiran mereka menggunakan perisian suntingan dikenali sebagai Warkop. Mereka seperti sudah biasa dengan perisian tersebut,” kongsi guru ini kepada Astro AWANI.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Sukan SEA 2027: "Anggaran Kasar RM700 Juta" - Hannah Yeoh

gempak
01/06/2024
05:53 MYT
Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, menjangkakan nilai perbelanjaan penganjuran Sukan SEA 2027 bakal memakan kos melebihi RM700 juta.
Gaya Hidup

Terasa Di Sarawak, Rumah Terbuka SOCC Holdings Bawa Juadah & Tradisi Bumi Kenyalang!

gempak
17/05/2024
17:38 MYT
Biarpun Syawal sudah berlalu namun kemeriahan rumah terbuka masih diraikan di ibu kota.  Buktinya, rangkaian syarikat SOCC Holdings Sdn. Bhd. tampil mengadakan rumah terbukanya bertemakan tradisi dan budaya dari negeri Sarawak.
Viral

Kutuk Laksa Sarawak Berbau, Wanita Teruk Dihencap Netizen - “Dah Tua-Tua Buruk Perangai”

gempak
16/05/2024
07:55 MYT
Seorang wanita dikritik netizen apabila dirinya mengeluarkan kenyataan berbaur sensitif tentang satu hidangan yang berasal dari negeri Sarawak. Menerusi hantaran wanita itu, dirinya memberi komen negatif tentang laksa Sarawak di mana dia menyifatkan makanan tersebut sebagai berbau dan tidak menyelerakan.
Hiburan

Sebrian Shah Menggigil Tahan Sejuk Berendam 4 Jam Dalam Air Demi Damba! - "Studio Sediakan Kolam 5 Meter..."

gempak
11/05/2024
12:38 MYT
Tampil dengan lagu terbaharu, penyanyi muda Sebrian Shah mengakui karya Damba merupakan hasil karya yang sangat personal.
Terkini

Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia Batal Penerbangan Kuala Lumpur Ke Sabah Dan Sarawak

gempak
18/04/2024
03:59 MYT
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.