Laman Utama

Menang Kes Saman Lebih RM200,000 Terhadap Amelia, A. Aida Menangis Gembira

gempak
Syafiqah Jalal
07/04/2023
03:02 MYT
Sponsor Banner
Menang Kes Saman Lebih RM200,000 Terhadap Amelia, A. Aida Menangis Gembira
Penerbit Datuk A Aida, 53, mengalirkan air mata kesyukuran selepas Mahkamah Sesyen Sivil hari ini mengarahkan pelakon, Amelia Henderson membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi akibat melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
A. Aida berkata kepada Astro Gempak, dia berharap keputusan itu dapat memberi pengajaran kepada selebriti lain terutama pelakon baharu supaya tidak mengambil remeh tentang perlanggaran kontrak.
"Alhamdulilah sempana bulan mulia di bulan Ramadan ini Allah permudakan dan kabulkan doa saya supaya keputusan memihak kepada saya.
"Sebenarnya dari awal lagi saya sudah yakin boleh memenangi kes ini kerana ia berkaitan dengan perlanggaran kontrak.
"Saya harap ia memberi pengajaran kepada artis lain terutama pelapis baharu dalam industri ini," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam perbicaraan itu juga, hakim, Zulqarnain Hassan, juga memutuskan supaya pelakon terbabit memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Menurut penguam Ashmadi Othman jumlah bayaran lebih RM200,00 itu adalah termasuk bayaran pendahuluan yang diterima sebelum penggambaran, ganti rugi am fitnah serta ganti rugi kos penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak RM101,325.
"Pihak Amelia perlu hormat keputusan mahkamah atas jumlah yang telah dihakimkan dan yang diputuskan yang Arif.
"Kami akan meminta dia untuk membuat pembayaran dan lakukan perintah-perintah berkaitan yang melibatkan fitnah termasuk posting Instagram yang dilakukan sebelum ini perlu diturunkan selama seminggu.
"Tempoh pembayaran tidak dinyatakan tapi kami minta dia membuat pembayaran secepat mungkin," tegasnya.
Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Ketika perbicaraan berlangsung, pengurus produksi A Aida Production dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin dilaporkan sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live