Pelakon popular Rita Rudaini akui bangga dengan pencapaian anak-anaknya biarpun ada sesetengah pihak menganggap ia hanya sekadar biasa-biasa.

Menurutnya, dia tidak ambil kisah dengan tanggapan sedemikian kerana sebagai ibu itu adalah momen berharga buat dirinya.

“Biarlah orang nak kata ‘ala exam biasa je pun nak bangga nak kecoh’.

“Tapi pada sistur walaupun anak-anak menang main guli atau lari dalam guni sekali pun, sistur tetap bangga.

“Sebagai ibu, setiap momen itu adalah sentimental value untuk sistur,” katanya.

Rita berkata demikian susulan sebuah video dimuat naiknya di Instagramnya memaparkan kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 12, yang mendapat Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek.

Difahamkan, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain pelajar terbaik bagi mata pelajaran bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

“Terima kasih cikgu-cikgu yang mendidik mencurah ilmu dengan penuh sabar pada anak-anak zaman sekarang.

“Dia maku tengok pic sendiri. Hensem ikut pak, cerdik ikut mak, alhamdulillah,” katanya.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)