HIBURAN
Menang Pembantu Lelaki Terbaik Di Thailand, Bront Palarae Harap Jadi Pembakar Semangat - “Bangga Nama Anak Malaysia Terpahat…”
Pelakon hebat, Bront Palarae mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem seram The Cursed Land di Anugerah Trust Gu Thai Film Awards 2024 di Thailand.
Zahirkan penghargaan buat produksi
Bront berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 47, ini ketika dihubungi Gempak menzahirkan penghargaan kepada seluruh pasukan produksi filem berkenaan.