Menang Pingat Emas Sukan SEA 2019 Dalam E-Sport, Siapa Sangka Atlet Ini Bergelar Profesor Madya!

Hanafis Haris
Disember 11, 2019 11:12 MYT
Malaysia mencatat sejarah tersendiri dalam dunia e-sukan apabila memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2019 yang berlangsung di Manila, baru-baru ini.
Kejayaan diperoleh selepas Malaysia menewaskan wakil Thailand, Popan Werit 3-1 dalam acara Hearthstone.
Namun, disebalik kemenangan berkenaan, siapa sangka atlet yang menjuarai pingat tersebut merupakan individu yang bergelar Profesor Madya.
Kisah Dr. Yew Weng Kean kini menjadi perbualan 'hangat' terutamanya di media sosial.
Menerusi satu posting di Twitter oleh Penyelidik Institut Sains, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zamir Mohyedin dia berkongsi maklumat berkaitan atlet tersebut.
Jelasnya Dr. Yew Weg merupakan seorang ahli akademik dari Heriot-Watt University Malaysia.
"Malaysia telah menjuarai pingat emas dalam e-sports di Sea Games.
"Individu yang membawa kejuaraan tersebut ialah Dr. Weng Keng seorang ahli akademik dari Heriot-Watt University Malaysia.
"Pemegang ijazah doktor falsafah dalam kejuruteraan elektrik. Ahli akademik main game juga," katanya.

Malaysia telah menjuarai pingat emas dalam e-sports di Sea Games. Yang membawa kejuaraan tersebut ialah seorang ahli akademik dari Heriot-Watt University Malaysia, Dr. Weng Keng. Pemegang ijazah doktor falsafah dalam kejuruteraan elektrik. Ahli akademik main game juga ? pic.twitter.com/buzgjjG2KM

— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) December 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #Esport #Professor