Laman Utama
Menang Saman, Ed Sheeran Tak Jadi Berhenti Menyanyi & Rilis Album Baru
Perjuangan Ed Sheeran dalam membuktikan dirinya tidak melakukan plagiat atau ciplak terhadap lagu Thinking Out Loud akhirnya berakhir.
Mahkamah Amerika Syarikat (AS) memutuskan lagu Sheeran tidak menciplak karya lama milik Marvin Gaye, Let’s Gei It On seperti yang didakwa.
Kemenangan tersebut diraikan komposer, pemuzik dan penyanyi itu dengan melancarkan album terbaru yang berjudul (Subtract).
Ia disifatkan sebagai sebuah album yang agak ‘gelap’, penuh introspektif diri dan lain daripada karya-karya yang pernah dihasilkan sebelum ini.
(Subtract) juga melengkapkan album-album Sheeran sebelum ini yang menggunakan simbol matematik iaitu + (Plus), x (Multiply), ÷ (Divide) and = (Equals).
Tahun lalu, Sheeran berdepan dengan dua kesedihan apabila sahabat baiknya, Jamal Edwards meninggal dunia dan isterinya disahkan menghidap kanser sewaktu hamil anak mereka.
Terdahulu Sheeran mengaku sangat gembira dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya.
“Jika benar saya bersalah, saya akan berhenti (menyanyi). Tapi dengan keputusan ini rasanya saya tidak akan berhenti berkarya,” ujarnya seperti dilaporkan BBC.
Must-Watch Video