"Menang & Terus Jadi Artis" - Siti Nordiana Dedah Penglibatan Awal Bergelar Penyanyi Kerana Tuah Lagu Siti Nurhaliza

Rozaimi Zubaidi
Januari 28, 2019 03:47 MYT
Pelakon Siti Nordiana atau Nana mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nana berkongsi lagu Siti Nurhaliza menjadi tuah kepada dirinya apabila berjaya memenangi pertandingan di Negeri Sembilan sebelum bergelar selebriti.
"Dari dulu sampai sekarang, Nana sentiasa mengkagumi @ctdk.
"Malah personaliti Kak Iti yang humble itu sering menjadi sumber inspirasi Nana untuk berjaya macam beliau.
"Nana ingat lagi masa bertanding dekat Negeri Sembilan, lagu Kak ct la yang Nana menyanyi, menang dan terus jadi artis.
"Thank you Kak Iti. Dirimu akan selalu jadi inspirasi. #malaysiansweetheart #ctdk," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui kagum dengan kejayaan yang diperolehi oleh kedua-dua penyanyi itu dan mendoakan mereka berjaya lagi pada masa depan.
#Penyanyi #Siti Nordiana #Penyanyi #Datuk Seri siti Nurhaliza