Para peminat radio ERA, SINAR dan GEGAR berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan bayaran bil dengan peraduan-peraduan berikut:

The Masked Rapper ERA



Dari sekarang hingga 9 April, para peminat ERA boleh sertai ‘The Masked Rapper ERA’ yang dibawakan oleh Nior dan berpeluang menang hadiah wang tunai bernilai RM150 dalam setiap pusingan.

Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Teka tajuk lagu yang dirap oleh Luca Sickta dan Kmy Kmo apabila mendengar klip lagu dimainkan di udara.

Peserta juga boleh mendapatkan pembayang menerusi ‘IG Stories’ ERA.

Jawapan yang betul akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM150 dan wang tunai akan digandakan ke pusingan seterusnya untuk setiap jawapan yang salah.

Sertai ‘The Masked Rapper ERA’ dengan membuat tekaan lagu rap dengan betul.

Betulkan Lirik SINAR



Para peminat SINAR boleh menang sebahagian wang tunai bernilai RM8000 dengan peraduan ‘Betulkan Lirik SINAR’ dari sekarang hingga 26 Mac di udara.

Peserta perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.

Segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim akan menyanyikan baris lagu dan peserta perlu meneka perkataan yang tidak dinyanyikan.

Jika jawapan betul, peserta akan membawa pulang wang tunai sekurang-kurangnya RM200 atau jumlah wang yang terkumpul seperti yang diberitahu oleh personaliti SINAR.

Jika tiada jawapan yang betul bagi pusingan itu, hadiah wang tunai akan ditambah ke pusingan seterusnya.

Riuhkan Pagi Di SINAR dengan menyertai ‘Betulkan Lirik SINAR’ sekarang.

GEGAR Bayar Bil 2.0



Para peminat GEGAR boleh ambil bahagian dalam ‘GEGAR Bayar Bil 2.0’, yang dibawakan oleh Susu Maeez dari sekarang hingga 8 April menerusi laman rasmi GEGAR di gegar.my untuk peluang menerima bantuan pembayaran bil berjumlah RM200.

Peserta perlu melayari laman rasmi GEGAR di pautan gegar.my untuk mengambil bahagian.

Lengkapkan maklumat peribadi beserta maklumat bil yang ingin dibayar oleh pihak GEGAR.

Perserta juga perlu memuat naik gambar bil yang ingin dibayar dan kongsikan jawapan untuk soalan: Kenapa GEGAR perlu membayar bil anda?

Jumlah pada satu bil yang dilampirkan itu perlu bernilai RM200 atau lebih rendah.

Pemenang akan diumumkan menerusi siaran udara dan di laman media sosial GEGAR.

Ambil peluang dalam ‘GEGAR Bayar Bil 2.0’ dan GEGAR akan bantu selesaikan bil peminat.