Menangis Boleh...Ketawa Pun Boleh! Ini Yang Penonton Alami Ketika Menyaksikan Kerana Korona
Asraf Aided
04/02/2021 13:25 MYT
04/02/2021 13:25 MYT
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 21 Januari lalu.
Sejak ditayangkan, filem ini mendapat sambutan positif daripada ramai penonton, lagi-lagi ia berkait rapat dengan situasi masyarakat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Meninjau Twitter, ramai warganet memuji jalan cerita dan kualiti lakonan barisan pelakon hebat yang ditampilkan, malah, ada juga penonton yang mengalami perasaan bercampur baur menyaksikan pelbagai babak dalam filem ini.
"Mesti tonton Kerana Korona lakonan semua kelas A. @fatibee (Fatimah Abu Bakar) paling love. Real. Jalaludin Hassan pun, adik Umar pun very promising, best best best," tulis @oneonlywan
"Aku tengok Kerana Korona tu, aku nangis, normal ke tu? Lagi part Bob nangis tu.
"Tapi part Cikgu Leman dengan Cik Laila tu aku ngekek lah ketawa," tulis @pydah_cenot94
Kerana Korona mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian, ia membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.
Kerana Korona menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Umar Shakur dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!