Pernah tak anda disakat oleh abang atau kakak hingga mengalirkan air mata? Pasti geram bukan?

Namun, itulah yang terpaksa dilalui Chacha Maembong apabila disakat oleh kakaknya Emma Maembong ketika cuba menaiki belon panas di Putrajaya.

Menurut Chacha dia memang mempunyai masalah gayat dan rasa takut jika berada di tempat yang tinggi.

Namun, disebabkan telah dipaksa oleh kakak-kakaknya terutama Emma, dia teruskan juga menaiki belon tersebut.

Akibatnya, Chacha terpaksa menahan air mata apabila tidak mampu menahan perasaan takut tersebut selain turut disakat oleh Emma.

Gelagat dan kerenah Chacha itu dapat dilihat menerusi program realiti The House musim kelima (The House 5) episod lapan yang pernah ditayangkan pada tahun 2015.

The House menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!