Menangis Sebab Komen Negatif, Suami Nasihat Tak Payah Baca – Intan Sarafina

Mya Amri
Ogos 23, 2017 10:23 MYT
Penyanyi Intan Sarafina akui bukan senang untuk membaca komen-komen negatif yang adakalanya mengguris hatinya.
Kata Intan, komen-komen yang ditulis oleh netizen terlalu kasar sehingga menyebabkan dirinya menangis.
“Saya dapat banyak dapat komen negatif sewaktu sertai GegarVaganza (GV3), masa mula-mula dulu memang ‘culture shock’.
"Rasa macam tak percaya netizen boleh keluarkan kata-kata kasar sampai saya terpaksa berhenti baca semua komen.
“Saya juga pernah menangis selepas membaca komen-komen negatif, waktu itu saya masih peserta GV.
“Rasa sedih sangat sehingga suami nasihatkan supaya saya abaikan komen-komen negatif itu.” katanya kepada Astro Gempak.
Bagaimanapun kata Intan, dia tidak memadamkan kata-kata negatif yang diberikan sebaliknya hanya membiarkan sahaja di ruangan komen.
“Kita tak boleh paksa orang nak suka kita jadi sekarang saya abaikan sahaja. Saya tak ‘block’ mahupun memadamkan komen-komen mereka, biarlah mereka nak kata apa.
“Sekarang saya dah biasakan diri, yang penting saya mahu fokus dengan kerjaya dan berikan yang terbaik untuk para peminat saya,” ujarnya.
Teks oleh: Mya Amri
#Penyanyi #Intan Sarafina #Penyanyi