Menangis Teresak-Esak Ketika ‘Soundcheck’ Lagu Konsert Minggu Keempat GV9, Kenapa Tu Shila Amzah?
Azwa Rahman
07/10/2022 11:17 MYT
07/10/2022 11:17 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Shila Amzah dilihat mengalirkan air mata di atas pentas sewaktu proses ‘soundcheck’ lagu yang akan dipersembahkan iaitu Pudar nyanyian asal Indah Ruhaila.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh rakan digital Ria X, Shila kelihatan teresak-esak sewaktu habis membuat persembahan sehingga perlu ditenangkan oleh pasukannya sebentar tadi.
“Lagu ni daripada Tuhan la, takde orang atau manusia yang boleh buat saya rasa macam ni. Lagu ni macam satu pesanan untuk kita bahawa dalam perasaan sayang dan cinta ni, jangan melebihi sayang kita pada Maha Pencipta,” jelas Shila lagi ketika ditemubual.
Dengan tema kerohanian pada konsert minggu keempat GV9, 11 bintang akan membawakan lagu-lagu ketuhanan bersempena sambutan Maulidur Rasul pada Ahad ini.
Juara GV9 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.