"Menangis Terlalu Kuat Sampai Polis Datang" - Puteri Bongsu Mamat Khalid Di UK Sayu Tak Dapat Balik Jenguk Jenazah Bapa
Amri Hassan
28/10/2021 00:42 MYT
28/10/2021 00:42 MYT
Isteri kepada Allahyarham Mamat Khalid, Hasmah Hassan mendedahkan anak perempuannya, Ann Khalid satu-satunya permata hati mereka yang tidak sempat menziarah jenazah arwah suaminya.
Kata Hasmah, Ann atau turut mesra dengan panggilan Baby dalam kalangan keluarga kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
"Anak perempuan kami, Baby kini berada di UK (United Kingdom) dan dia satu-satunya yang tak dapat balik menjenguk jenazah arwah Mamat.
"Baby baru saja lebih kurang setahun menyambung pelajaran di UK dan dia dapat tahu berita tentang Mamat pun dari media sosial sebab ketika saya call dia tengah buat kerja part time.
"Bila dapat tahu, dia menangis terlalu kuat sampai semua orang sekeliling terkejut. Polis pun datang," ceritanya kepada Gempak ketika ditemui di kediamannya di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Ann atau nama sebenarnya Nuhassanah Mohamad kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan, University of East Anglia, Norwich, England.
Sementara itu, dalam kemaskini terbaharu Instagram, Ann memaklumkan dirinya masih bersedih dan memerlukan sedikit masa untuk memulihkan semangat selepas kehilangan bapa tercinta.
"Saya tak perlu jelaskan apa-apa bagaimana saya berdepan dengan kehilangan bapa saya. Saya tahu ramai yang ambil berat tentang keadaan saya cuma saya perlukan ruang untuk diri sendiri.
"Saya rasa sedikit tertekan untuk membalas semua yang menghubungi saya tetapi harap berikan saya waktu," jelasnya.
Menyifatkan kehilangan bapanya umpama kehilangan besar bagi kebanyakan orang, Ann akui ramai yang turut menyayangi Mamat sepertimana dirinya.
"Dia bukan hanya sebahagian daripada diri saya tetapi dia hidup dalam setiap sanubari rakyat Malaysia di luar sana.
"Saya gembiar untuk berkongsi kasih sayangnya bersama kalian dan itu bermakna tidak hanya saya seorang saja yang bersedih atas kehilangannya. Terima kasih semua," tambah Ann lagi.
Ann turut berterima kasih kepada kenalannya yang berada di Norwich yang melaksanakan bacaan tahlil buat arwah bapanya.
Ann merupakan anak bongsu daripada lima beradik, Mohd Khalid Zaffa Mohamad, Sara Mohamad, Mohd Adam Khalid Mohamad dan Mohd Khalid Amen Mohamad.
Terdahulu, arwah Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Slim River, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Ahad.
Jenazah disolatkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh selepas Zohor pada hari yang sama.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!