Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Menangis Weh Scene Tu, Sedih Kena Berpisah” - Ayah BoBoiBoy Akhirnya Muncul, Filem Mechamato Dijangka Tayang Hujung Tahun Ni?

Hanafis Haris
15/03/2021 10:01 MYT
Semalam, peminat animasi adiwira BoBoiBoy dikejutkan dengan tayangan khas sempena ulang tahun ke-10 siri berkenaan.

Biarpun kurang 24 jam dimuat naik di YouTube rasmi Monsta, video berdurasi sekitar 30 minit itu berjaya meraih hampir tiga juta tontonan.

Apa yang lebih membuat peminat tidak senang duduk adalah kemuculan BoBoiBoy bersama bapanya, Amato (Mechamato).

Babak tersebut tidak pernah didedahkan daripada mana-mana siri BoBoiBoy.

Malah, babak BoBoiBoy yang terpaksa berpisah dengan bapanya untuk pulang bertemu Tok Aba meruntum jiwa penonton.

Buat pertama kalinya peminat BoBoiBoy dapat melihat pergelutan emosi antara Amato dan anaknya.

Turut kelihatan dalam babak tersebut adalah MechaBot iaitu Power Sphera yang merupakan sahabat baik dan pemberi kuasa kepada Amato.

"Sedihnya scene ni, mengalir air mata aku"

"Weh first time tengok diorang bersama"

"Siapa potong bawang ni, sedihnya BoBoiBoy," tulis beberapa netizen.


Anda boleh lihat babak sedih tersebut di bawah.


Untuk rekod, filem Mechamato dijangka menemui peminat di pawagam sekitar hujung tahun ini.

Filem Mechamato sebelum ini sepatutnya ditayangkan pada penghujung tahun lepas, namun disebabkan wabak COVID-19, filem serta siri animasi yang dinanti-nantikan itu terpaksa ditangguhkan.

Filem Mechamato berkisarkan penggembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain.

Kemunculan Amato yang telah dewasa dalam babak pasca-kredit BoBoiBoy Movie 2 telah mendedahkan identitinya sebagai ayah kepada BoBoiBoy.

Apapun, selamat hari jadi BoBoiBoy pada 13.3.2021!


#BoBoiBoy #Mechamato #Amato
;