Hiburan
Menantu Dituduh Curang, Sule Titip Kata-Kata Semangat Buat Rizky & Mahalini
Pelawak terkenal Indonesia, Sule tampil memberikan kata-kata semangat buat anaknya iaitu penyanyi Rizky Febian dan menantunya, Mahalini selepas didakwa berdepan isu rumah tangga.
Sebagai seorang bapa, Sule menasihatkan anak dan menantunya untuk mengabaikan sahaja fitnah yang dilemparkan oleh individu tidak dikenali itu.
“Semangat ya Rizky dan Mahalini. Biarkan difitnah yang penting kita tidak pernah fitnah orang, teruskan berkarya.
“Tenang tak perlu rasa gelisah di belakang kamu berdua masih banyak pihak mendoakan yang baik-baik," ujarnya.
Sule yang juga merupakan pelakon filem, Sule Ay Need You itu menitipkan pesanan tersebut menerusi hantaran Instagram miliknya pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: "Jelas Kami Sedang Bahagia," - Mahalini Dituduh Curang, Rizky Minta Henti Sebar Fitnah
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Masih Suka Versi Asal 'Sampai Menutup Mata' Acha Septriasa, Nyanyian Mahalini Tak Cukup Rasa? - "Aku Lelaki Pun Boleh Nangis"
Hantaran itu turut diulang siar oleh Rizky dengan mengatakan “Love you ayah,"
Terdahulu, nama Mahalini menjadi hangat apabila dia dituduh berlaku curang bersama pemain keyboard dari band yang selalu mengiringinya.
Dakwaan itu dibuat oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai @Hazwa.
Must-Watch Video