Kedatangan bulan Ramadan penuh berkat membuka lembaran baharu buat Datuk Chef Wan dan anaknya, Serina.

Biarpun seakan-akan bergeser pandangan sebelum ini, Chef Wan dalam hantaran terbaharu di Instagram berkongsi kisah terbaharu anak dan menantunya itu.

BACA: "Sampai Tumbuh Bulu Bawah Itu Pun Nak Naik Turun Court Ke" - Chef Wan Luah Perasaan Isu Rayuan Mahkamah Serina Terhadap Hak Jagaan Anak-Anaknya

BACA: "Dia Lebih Sayangkan Hati Dia, Suami & ..." - Tertekan Isu Anak, Chef Wan Alami Sesak Nafas, Nyaris Diserang Sakit Jantung?

BACA: Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami - "Berhenti Buat Fitnah"

Kata Chef Wan, biarpun tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa bersama-sama namun beliau tidak lokek untuk membantu meringankan beban anak menantunya yang baru berpindah rumah baharu.

"Anak perempuan dan menantu saya berbula puasa di The Linc (restoran Chef Wan). Saya tak dapat bersama mereka kerana tuntutan kerja namun sempat meluangkan masa bersama Serina di mahkamah pagi itu.

"Mereka baru saja membeli sebuah rumah di Perlis dan sekarang sedang diubah suai. Saya telah memberikan sejumlah wang untuk membantu menyiapkan dapur dan mahu membelikan satu set sofa untuk ruang tamu," kongsinya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut memuji sikap berbudi bahasa menantunya itu yang disifatkan tidak angkuh.

"Menantu kali ini tak 'b*ngsat' senang diajak berbicara. Bukan sombong atau orang putih kata a d*ck head!

"Mana saya nak bantu saya bantulah, lagipun anak dan menantu sendiri. Saya tak boleh tahan dengan orang yang ego salah tempat.

"Saya jenis yang suka memberi dan bermurah hati. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadab. Nanti saya tahu nak ajar manusia-manusia macam tu," tambah Chef Wan lagi.


Perkongsian Chef Wan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut tersentuh dengan kemuliaan hati beliau.

"Kamu bapa dan mentua yang ramai mahukan. Kaya, popular tapi masih membumi.

"Tengok tu, Chef Wan walaupun marah pada awalnya pada Serina dan menantu akhirnya dia jugalah yang datang membantu. Ini sifat ayah yang baik.

"Syukur Serina bertemu jodoh yang baik.

"Kasih sayang seorang ayah. Takkan serik kan. Dia buat yang terbaik kalau bab anak-anaknya," demikian coret beberapa pengguna di ruang komen.