Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Menantu Tayang Otot Dada Di Instagram, Krisdayanti Pula Yang Naik Cemas!

Izwan Isa
26/11/2021 12:50 MYT
Bintang Youtube popular Indonesia, Atta Halilintar kerap memuat naik gambar-gambar di platform media sosialnya.

Namun, ada satu hantaran gambar yang dikongsi oleh Atta di Instagram yang membuatkan ibu mentuanya, penyanyi tersohor Krisdayanti tiba-tiba naik cemas!

Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh anak penyanyi lagu Menghitung Hari itu, Aurel Hermansyah yang juga isteri kepada Atta menerusi temu bual pasangan berkenaan di sebuah saluran Youtube baru-baru ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)


“Tahu tak, ketika Abang Atta berkongsi foto tersebut (gambar dada), saya sedang bersama ibu saya. Ibu berkata ‘Kak itu lihat, your husband kenapa posting macam itu’,” kongsi Aurel sambil melakonkan kembali perbualan bersama ibunya.

Tidak mahu terus melihat ibunya berada dalam situasi ‘cemas’, Aurel memberitahu yang foto berkenaan dimuat naik atas sebab keperluan kerja.

Dalam masa yang sama, Atta turut berkongsi mengapa dia memuat naik gambar sedemikian rupa di Instagramnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Atta Halilintar (@attahalilintar)


“Jenama susu ada BA-nya. Saya diminta untuk mengikut challenge selama tiga bulan… nah sekarang dua bulan sudah jadi begitu,” kata Atta.

Selain itu, Atta turut memberitahu yang dia memang memiliki tubuh badan yang kecil secara semula jadi.

“Kurus, dulu saya sampai tak berani nak pakai kemeja-t. Keluar ke mana-mana pasti pakai hoodie,” kongsi Atta lagi.

Mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021, Atta dan Aurel mengumumkan bahawa mereka bakal bergelar ibu dan bapa pada pertengahan Ogos lalu.
#Krisdayanti #Atta Halilintar #Aurel Hermansyah