Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menari Dengan Baby Bump, Uqasha Terima Pujian Netizen: “Jangan Comel Sangat Boleh?”

Umirah Halim
17/01/2024 02:00 MYT
Pelakon Uqasha Senrose mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan dirinya sedang ligat menari.

Baru sahaja mengumumkan tentang kehamilannya, Uqasha menerusi hantaran tersebut turut meluahkan rasa gembira selain menzahirkan bahawa kebahagiaan akan datang apabila kita mencintai diri sendiri.

“Nobody can make you happy until you are happy with yourself first.

“Mana ada before this Qasha nak menari macam ni, asal eh?” tulisnya pada caption hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen ada yang memuji gelagat Uqasha menerusi video tersebut.

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Antara komen yang diterima:

“Jangan comel sangat boleh? Meh nak laga-laga perut sikit ambil berkat.

“Nampak berseri-seri muka, semoga ibu dan baby sihat.

“Tak sabar nak tengok anak Qasha, semoga sihat-sihat selalu,” tulis beberapa netizen.

Dalam masa yang sama, hantaran tersebut turut menerima reaksi kurang menyenangkan daripada netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakannya yang seakan-akan tidak malu untuk menari sebegitu.

Bagaimanapun, ada juga yang prihatin memberikan teguran secara berhemah terhadapnya.

“Menari tak salah, yang salah adalah kita post dan tunjuk pada umum, maaf kita bukan orang baik, cuma kita tegur sambil doakan diri sendiri juga.

“Kita pulak yang naik segan tengok, masa kita dulu selagi boleh tutup, kita tutup. Semoga yang baik-baik sahaja buat Uqasha dan baby.

Berita Trending: Dua Kali Gugur, Uqasha Umum Hamil - "Saya Sedih Bila Orang Cakap Keluarga Senrose Semua Tak Ada Zuriat"

“Comel, tapi awak pregnant kan, jaga baby bump ye awak. Simpan kenangan sendiri takpa, atau nak up kemudian hari pun okay lepas anak dah keluar kalau rasa nak up nanti sebab tak semua orang suka,” demikian teguran yang diterima.

Sekadar info, sebelum ini Uqasha dikhabarkan merahsiakan berita tentang kehamilan anak sulungya tersebut kerana pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
#Senrose #Uqasha #babybump
;