Menari Selepas Berhijab? Ini Jawapan Cik Manggis

Azwa Rahman
Julai 2, 2020 10:58 MYT
Ahli kumpulan De Fam Cik Manggis tidak menolak untuk menari ketika melakukan persembahan meski pun kini sudah tampil berhijab.
Menurut Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, kumpulan De Fam sendiri tidak mengamalkan tarian yang menjolok mata.
“Tarian ni ada banyak jenis dan apa yang De Fam ketengahkan adalah sesuatu yang saya selesa dan boleh dipersembahkan. De Fam bukan jenis buat tarian gelek-gelek.
“Lagipun, tarian sudah lama menjadi minat saya dan saya anggap tarian sebagai satu daripada cabang sukan untuk mengeluarkan peluh dan sihat,” kata Manggis ketika dihubungi Gempak.
Malah tambah Azira, dia bersyukur dikurniakan Azira Shafinaz dan Sophia Liana sebagai sahabat baik yang saling menyokong perkembangan masing-masing.
Malah, mereka adalah orang yang paling gembira apabila mengetahui tentang imej terbaru Manggis yang kini sudah berhijab.
“Kami bertiga selalu saling menyokong. Daripada sebelum tertubuhnya De Fam ni pun, kita pernah bercakap pasal ni.
“Kami sedar yang satu hari nanti pasti kami akan berubah imej, semua nak jadi bertambah baik.
“Jadi kami capai keputusan yang berhijab tidak akan menggangu atau menggugat perjalanan De Fam,” ujar Manggis lagi.
#De Fam #Cik Manggis #Selebriti berhijab