Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menari TikTok Bersama Rejoice, Kali Ini Feeling Macam Bercuti Di Jeju Island!

Syafiqah Jalal
11/06/2022 10:55 MYT
Syampu jenama terkenal, Rejoice muncul dengan edisi baharu iaitu Jeju Rose Edition inspirasi dari Pulau Jeju di Korea!

Haruman bunga mawarnya sungguh menyegarkan dan meninggalkan bau yang lama seperti berada ketika musim bunga di Pulau Jeju. Tak perlu pergi jauh, dengan Rejoice terbaharu ini pasti membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di Pulau Jeju!

Bukan sahaja harumannya, seperti yang semua tahu Rejoice juga membuatkan rambut anda lembut dan mudah diurus. Ia dirumus untuk memastikan rambut licin dan bebas kusut, syampu ini juga memberikan kelembutan sehingga 48 jam, dan menyuburkan rambut hingga ke lapisan terdalam.

Menariknya sempena keluaran Jeju Rose Edition ini, Rejoice turut menganjurkan satu pertandingan menari di TikTok!

Dengan kerjasama Zem Low, pencipta kandungan dan pengarah studio tarian tempatan 9smoves, Rejoice mengadakan cabaran tarian TikTok buat pertama kalinya dengan sejumlah 3 hadiah menarik untuk direbut.

Lihat hashtag #RejoiceKpopMove di TikTok untuk melihat bagaimana Zem dan kandungan pencipta seperti Heon Hi Teng dan Carlyn Loh menayangkan gaya rambut mereka dan mempamerkan pergerakan mereka.

Bersedia untuk mencapai gaya rambut anda yang diilhamkan oleh selebriti Korea dan menari? Pamerkan rambut licin anda sambil anda berduet dan berarak dengan gerakan tarian yang menyeronokkan yang dikoreografikan oleh Zem, tag rakan, dan muat naik video anda di TikTok dengan hashtag #RejoiceKpopMove dan #RejoiceMalaysia sebelum 20 Jun 2022.

Tiga pemenang setiap satu akan memenangi sepasang Samsung Galaxy Buds 2 bernilai RM499

#Bercuti #Menari #TikTok #Syampu #Jeju Island #Rejoice
;