HIBURAN
Mencelah Tak Kena Tempat, Netizen Puas Hati Tengok Mamat Kena ‘Sound’ Dengan Syamsul Debat - “Kenapa Macam Tak Ada Adab”
Pelawak, Mamat Sepah mengundang rasa tidak puas hati netizen semasa mengemudikan salah satu episode untuk Dol Podcast.
Menerusi potongan video yang dimuat naik di platform X, Mamat atau lengkapnya Mohd Noor Murad dilihat memotong cakap tetamu jemputan podcast tersebut iaitu pendakwah bebas, Ustaz Syamsyul Debat.
“Selepas dua minggu saya dapat naik," kongsi Syamsul.
“Pengetua.. Pengetua,” celah Mamat.
“Perangai yang tak cerdik ni jangan tunjuk dekat orang, daripada tadi saya menahan,” luah Syamsul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Syamsul dengan menegur tindakan Mamat itu.
“Kalau aku la Mamat, memang aku keluar dari podcast ni, tebal ba muka. USD yang tegur, bukan calang-calang jemputan. Menyampuk tak kena tempat. Kalau tak berubah lagi tak tahu la Mamat.
“Tengok episode yang ada Zai (pengawet mayat) tu aku rasa serabut gile sebab masing-masing nak menyampuk pastu dengan buat lawak hambar nya. Tanya lepas dia habis borak takleh ke?
“Tu beza org yg berilmu dgn x berilmu…simple…
“Dulu best tapi lately mcm ada benda buat x minat
“Ustaz tengah berckp ko gelak ko potong cakap dia, ko ni sekolah ke tak? Kenapa macam takde adab?
“Sebab tu ilmu tu penting. Ada certain orang, dia rasa menyampuk tu biasa je. Macam takda apa-apa pun. Style of conversation je.Tapi orang yang berilmu, dia akan sentiasa read the room and atmosphere. Cari cara macam mana nak mencelah tanpa potong speaker.Knowledge is power.
“Malunya kat podcast sendiri guest yang dijemput tu pulak yang tegur tuan rumah,” komen netizen.