Mencuci Pinggan Di Kawasan Lopak Air, Restoran Raj's Banana Leaf Di Bangsar Diarah Tutup
Rozaimi Zubaidi
30/05/2018 04:55 MYT
30/05/2018 04:55 MYT
Restoran Raj's Banana Leaf di Bangsar yang menjadi tular selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan lopak air diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan DBKL menurut laporan agensi berita Bernama.
Raj's Banana Leaf diarahkan tutup serta-merta ekoran video tular pekerjanya yang mencuci pinggan di kawasan lopak air luar premis itu.
Semalam, restoran itu dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook memohon maaf atas perkara yang berlaku dan memberi alasan perbuatan itu dilakukan oleh pekerja baharunya.
"Perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini, restoran ini sentiasa mengambil berat soal kebersihan," jelas kenyataan itu.
Sebagai tanda memohon maaf, restoran itu turut menyatakan akan mengadakan jamuan buka puasa percuma esok bermula 7.30 petang hingg 9 malam.
Sumber: Kosmo Online