Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mendapan Tanah Akibatkan Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

Gempak
27/08/2024 10:15 MYT
Satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, kejadian terbabit dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Longkang Runtuh

Menurutnya, langkah keselamatan dilakukan sejurus menerima laporan kejadian.

"DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

"Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian, " katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Tidak Libatkan Orang Awam

Menerusi gambar dikongsi, kawasan terlibat membabitkan laluan pejalan kaki selain turut membabitkan sebahagian kecil struktur jalan bersebelahan.

Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan kerosakan harta benda awam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, negara digemparkan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India membabitkan seorang mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas terjatuh dan tertimbus dalam insiden berlaku sekitar jam 8 pagi.

Mangsa merupakan seorang wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan mangsa memasuki hari kelima dengan pasukan penyelamat telah memperluas operasi pencarian ke enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Bulatan Kinabalu.

Sumber: Sinar Harian
#DBKL #Longkang #Runtuh #Kampung Kerinchi #Mendapan tanah