Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri

Syafiqah Jalal
29/06/2022 10:53 MYT
Pelakon Aqasha mengubat kerinduan pada isterinya yang bernama Baizura dengan mendengdangkan sebuah lagu istimewa sambil memetik gitar.

Aqasha yang difahaman sedang bekerja di luar kawasan itu, menyanyikan lalu popular Jamal Abdillah berjudul Azura dengan menukarkan nama lirik lagu berkenaan kepada nama isterinya.

“Memandangkan lama outstation ni, tak salah sekali-sekala mendendangkan kerinduan pada isteri. Sebuah lagu untuk Baizura,” tulisnya.

Pelakon filem Embun, berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakan video sedang merakamkan lagu itu sambil memetik gitar.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata cemburu dengan cara Aqasha melayan isterinya.

“Wow...bestnya...beruntung isteri dapat suami pandai nyanyi...,”puji salah seorang pengikutnya

“Terbaik lah akak Baizura ade orang tengah rinduuu tuhhh,” komen salah seorang netizen.

Aqasha dan isteri mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

A post shared by Aqasha - اكاشا (@theaqasha)

#Menyanyi #Suami #Aqasha #Isteri #Sweet #Outstation
;