Mantan pesohor dunia bola sepak yang juga seorang selebriti, David Beckham mendedahkan dirinya mengalami penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD).
Pendedahan tersebut dibuat dalam dokumentari terbaharunya yang akan ditayangkan di Netflix, lapor Guardian.
Beckham, 47, juga mengaku penat dengan penyakit yang dialaminya apabila akan menghabiskan masa berjam-jam setiap hari hanya untuk memastikan keadaan di dalam kediaman berada pada posisi yang betul, malah melakukan ‘kerja-kerja’ tersebut saat seluruh ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.
“Hakikatnya, setiap hari saat semua isi rumah lena diulit mimpi, saya akan pastikan suhu lampu berada dalam suasana yang betul, pastikan semuanya rapi.
“Saya tidak boleh bangun tidur dan melihat ada pinggan dan mangkuk yang tidak teratur. Saya akan bersihkan semuanya termasuk cermin.
“Saya juga akan bersihkan lilin, malah pastikan asap yang keluar hanya berada dalam ‘kawasan’ lilin itu sahaja. Ya, saya tahu itu pelik,” akui suami Victoria tersebut.
Saat ditanya oleh salah seorang kru penggambaran bagaimana dengan tahap kebersihan dapurnya, Beckham pantas membalas membersihkannya dengan sangat baik.
“Saya bersihkan ia dengan sangat baik. Tapi saya tak pasti adakah isteri saya menghargainya atau tidak,” katanya lagi.
Victoria kemudian memberi respon dengan mengatakan menghargai kesungguhan suaminya, namun menyifatkan Beckham sebagai manusia yang terlalu sempurna.
Bekas kapten bolasepak pasukan England itu sebelum ini pernah memberitahu Daily Mail dia akan mengira pakaian dan meletakkan semua majalah dalam posisi sebaris.
Menerusi dokumentari tersebut, audiens juga akan menyaksikan banyak video yang tidak pernah dilihat terutama sewaktu arena kegemilangannya dalam dunia bola sepak.
Gempak
Tue May 02 2023
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka