“Mendidihnya Hati Ini, Tapi Nasib Bulan Puasa” - Status Shila Amzah Undang Tanda Tanya
Asyikin Mayudin
26/03/2024 04:55 MYT
26/03/2024 04:55 MYT
Status di Instastory milik penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa berang terhadap seorang wanita mengundang tanda tanya.
Menerusi status itu, Shila memohon agar menjaga lisan apatah lagi jika seseorang itu bergelar ibu dan mempunyai anak perempuan.
“Mendidihnya hati ini, tapi nasib bulan puasa. Suami kata sabar. Ya sayang, saya sedang bersabar. Sebagai seorang manusia, tolonglah jaga lisan.
“Tolonglah wahai insan. Terutama bila awak adalah seorang ibu, ada anak perempuan juga. Ingat tu,” kata Shila.
Pernah Jumpa Orang Mulut Jahat
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada pempengaruh media sosial Ubai MZ ini berkata dia pernah berjumpa dengan individu yang suka bercakap perkara tidak baik.
“Ya, saya pernah berjumpa dengan seseorang yang mulut kotor betul-betul macam awak, awak tak istimewa.
Anda bukan seorang sahaja. pernah bertemu jenis anda sebelum ini,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Shila kini sedang hamil anak pertama dengan Ubai dan usia kandungannya sudah mencecah lapan bulan.