Menduda Hampir 3 Tahun, Ifan Seventeen Selamat Nikahi Citra Monica

Amri Hassan
Mei 29, 2021 09:25 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Citra Monica Muhammad Sastrawi di Hotel Pullman, Jakarta, Indonesia pada Sabtu.
Memetik laporan InsertLive, pengantin lelaki memberikan mahar dan mas kahwin berupa emas seberat 40 gram, wang berjumlah AS$3,500 (RM14,470), sebentuk cincin kahwin emas berlian 12 gram dan satu set alat solat.
Menurut portal KapanLagi pula, akad nikah pasangan sejoli itu disiarkan secara langsung menerusi saluran TransTV. Pada majlis berkenaan, Ifan dan isteri memilih tema warna putih.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah kehilangan arwah isterinya, Dylan Sahara dalam sebuah kejadian tsunami yang berlaku sekitar di Tanjung Lesung, Indonesia.
Tidak beberapa lama selepas kehilangan isteri, Ifan ditangkap basah dengan Citra Monica oleh suami Citra sendiri di sebuah apartment.
#Nikah #Indonesia #Ifan Seventeen #Citra Monica