HIBURAN
Mendunia! Akaun TikTok FIFA Guna Lagu Fazura Sebagai Muzik Latar, Netizen Terkejut… Ada Yang Tak Sangka - “Aku Check Banyak Kali Weh”
Tular di media sosial sebuah video yang dimuat naik oleh akaun rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.
FIFA Guna Lagu Nyanyian Fazura
Menerusi perkongsian di TikTok, FIFA berkongsi semula perlawanan membabitkan dua pasukan iaitu antara Jerman dan Korea Selatan ketika perlawanan peringkat kumpulan F Piala Dunia pada 2018 lalu.
Video tersebut memaparkan reaksi pemain Son Heung-Min selepas meledak gol ke gawang lawan.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah FIFA menggunakan nyanyian aktres Fazura menerusi lagu Bertahan Demi Cinta versi live di Indonesia tempoh hari sebagai muzik latar video tersebut.
Video tersebut memaparkan reaksi pemain Son Heung-Min selepas meledak gol ke gawang lawan.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah FIFA menggunakan nyanyian aktres Fazura menerusi lagu Bertahan Demi Cinta versi live di Indonesia tempoh hari sebagai muzik latar video tersebut.
“Hanya gol yang mampu menjadi pemisah,” tulis FIFA dalam perkongsian tersebut.
undefined
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen teruja malah ada yang tidak menyangka FIFA menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar.
Netizen Tak Percaya
Biarpun video tersebut telah diset kepada tontonan server Malaysia sahaja, ia ternyata mencuri perhatian ramai sehingga ada yang tidak percayakan perkongsian tersebut dibuat FIFA sendiri.
“Aku check banyak kali, FIFA official weh,” tulis seorang netizen.
“Betul la netizen cakap, lagu Fazura ni boleh pergi jauh,” komen netizen lagi.
“Serius la FIFA guna lagu ni, akaun ori kot,” komen netizen terhibur.
“Astaghfirullah, kalau aku jadi fazura aku sembunyi gua kat gunung paling tinggi kat bumi,” komen netizen lain.
“Fazura mendoniaaaaa lesgo!!!,” komen netizen lain.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian FIFA itu telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan 95,100 tanda suka.