Gegar Vaganza 9

Menepati Ramalan, Jaclyn Victor Juara GV9! Menang RM100,000

Amri Hassan
27/11/2022
16:28 MYT
Pertarungan pentas akhir musim kesembilan Gegar Vaganza (GV9) menyaksikan Jaclyn Victor muncul juara dalam program realiti yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Mempersembahkan dua tugasan merangkumi solo medley dan 'battle', Jaclyn menumpaskan lima peserta lain dan meraih hadiah wang tunai RM100,000.
Juara turut memenangi pakej percutian ke Paris, Perancis, pakej penginapan di Royale Chulan Cherating, Pahang dan trofi GV.
Bagi lagu solo,Jaclyn menyampaikan lagu medley Its All Coming Back To Me Now dan This Is Me.
Segmen battle pula menyaksikan penyanyi bervokal mantap itu dipertemukan dengan V.E untuk menyanyikan lagu Sang Saka Biru dan The Real Slim Shady.
Persembahan penuh bertenaga dan konsisten yang ditunjukkan penyanyi bervokal mantap ini mencuri tumpuan penonton dan mendapat komen positif juri.
“Terima kasih dan puji syukur kepada Tuhan, pertandingan ini gila babas, sangat hebat. Terima kasih kepada semua peminat dan kawan-kawan atas pentas ini,” kata Jaclyn.
Pada konsert akhir itu, Bob Yusof menduduki tempat kedua dan memenangi wang tunai RM50,000, pakej percutian ke Dubai dan Abu Dhabi, pakej penginapan di Royale Chulan Damansara dan trofi GV.
Bob mempertaruhkan lagu medley Sejati dan Rahasia Perempuan manakala untuk segmen 'battle' bersama Hazrul Nizam menerusi lagu Ice Ice Baby dan Swipe.
Shila Amzah menduduki tempat ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM30,000, pakej percutian Seoul, Korea Selatan, pakej penginapan di Royale Chulan Pulau Pinang dan trofi GV.
Tempat keempat diraih Tomok yang membawa pulang wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand, pakej penginapan di Royale Chulan Seremban dan trofi GV.
Biarpun berada pada kedudukan kelima dan keenam, V.E dan Hazrul Nizam masing-masing tidak pulang dengan tangan kosong.
V.E membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Dalat, Vietnam, pakej penginapan di Royale Chulan Kuala Lumpur dan trofi GV.
Manakala Hazrul Nizam beroleh RM10,000, pakej percutian ke Jakarta Indonesia dan trofi GV.
Pentas akhir GV9 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS, bintang legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, pensyarah dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat serta penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim sebagai juri undangan.
Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selama 11 minggu itu turut disertai Dina Nadzir, Asheed Def Gab C, Fuad Rahman, Tom, Pat Candy, Haida Hasnan dan Roy Kapilla.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

gempak
23/07/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi video memperlihatkan kepalanya terhentak ketika jatuh bermain bola sepak.
Sukan

Ramai Anak Muda Mahu Jadikan Idola, Pemain MLBB Sekyss Rasa Diri Belum Layak - “Saya Segan Sebenarnya, Perlu Banyak Belajar Lagi”

gempak
20/07/2024
13:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss merasakan dirinya belum layak untuk menjadi idola anak muda yang meminati sukan E-Sport.
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.
Sukan

“Menang RM4.7 Juta Saya Nak Simpan Dalam ASB, Beli Rumah,” - Sekyss Syukur Pasukan Jadi Juara Dunia MLBB

gempak
15/07/2024
20:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss berkongsi perancangannya dan juga pasukan selepas menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, pada Ahad.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.