Menetap Di Amerika, Anak Pertama Nikita Willy Bakal Disambut Doktor Kylie Jenner
Maliah Surip
01/03/2022 05:47 MYT
01/03/2022 05:47 MYT
Pelakon Indonesia, Nikita Willy yang kini menanti detik bergelar ibu memutuskan meninggalkan republik tersebut untuk melahirkan anak pertamanya dengan Indra Priawan di Amerika Syarikat.
Melalui tayangan di saluran YouTube miliknya, Nikita mengaku mahu menjalani proses melahirkan anaknya di negara tersebut atas foktor mendapatkan fasiliti kesihatan yang lebih baik.
“Kami mahu pastikan Nikita dapat melahirkan dan mendapat rawatan yang terbaik.
“Jadi sebab itu, hal pertama yang difikirkan adalah mengenai fasiliti kesihatan terbaik buat Nikita dan sekarang dengan keadaan Covid 19 yang masih belum terkendali, kami mahu semuanya lancar,” ujar Indra seperti dilaporkan Detik.com.
Nikita sendiri mengaku gembira kerana dapat menjalani proses kehamilan dan bakal melahirkan anaknya di AS. Kata Nikita, di AS, dia banyak melakukan kerja rumah sendiri selain melakukan banyak aktiviti yang agak terbatas dilakukan di Indonesia.
Malah apa yang menarik perhatian peminat juga adalah hospital serta doktor yang dipilih untuk menyambut proses kelahiran anak pertama pasangan tersebut.
Pelakon cantik itu diketahui akan melahirkan di Hospital Cedars-Sinai di Los Angeles.
Hospital tersebut terkenal menjadi pilihan sejumlah selebriti papan atas seperti Kim Kardashian hingga Beyonce.
Kelahiran anaknya juga akan disambut oleh Doktor Thais Aliabadi yang telah menangani proses kelahiran Kylie Jenner.
“Bezanya pemeriksaan di sini lebih terperinci seperti ujian darah yang lebih lengkap. Setiap pemeriksaan ultrasound, saya harus tes urin dulu supaya tidak ada bakteria yang membahayakan janin," ujar Nikita.
Nikita dijangka melahirkan buah cintanya dengan Indra pada akhir Mac hingga awal April 2022.
Instagram: @nikitawillyofficial94