"Mengaku Dirinya Adalah Saya & Menyiarkan Cerita Yang Tidak Benar .." Wujud Akaun Facebook Palsu, Azira Shafinaz Mohon Peminat Buat Report

Zulaikha Yusof
September 25, 2019 05:25 MYT
Pelakon dan anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz mendedahkan terdapat sebuah akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya.
Menurut Azira pihak tidak bertanggungjawab itu bertindak berkongsi cerita tidak benar yang boleh menjejaskan reputasinya.
"Ini adalah akaun palsu di Facebook! Tolong bantu spam & laporkan pada video yang diposkan dari halaman ini sejak 15 jam yang lalu.
"Orang ini mengaku dirinya adalah saya dan menyiarkan cerita yang tidak benar yang boleh menjejaskan reputasi saya @facebook," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya.
Tambah pelakon drama Married Tapi Benci itu, dia tidak mengetahui niat sebenar individu terbabit.
"Sesiapa pun anda, saya tidak tahu apa niat anda. Saya sentiasa menghargai semua peminat saya, tetapi saya tidak menghargai orang yang membaca cerita palsu," tulisnya lagi.
Azira mula aktif di industri hiburan pada tahun 2015 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Azira Shafinaz