Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Mengaku Hubungan Dengan Syafiq Kyle Berakhir, Mimi Lana Enggan Dedah Sebab Putus Cinta

Fiza Kamarudin 03/06/2020 | 17:07 MYT
Pelakon Mimi Lana mengakui hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle sudah berakhir baru-baru ini.
Mimi bagaimanapun ketika dihubungi Gempak enggan mendedahkan sebab hubungan mereka terlerai kerana menganggap ia perkara peribadi.
“Ya, betullah spekulasi yang tersebar itu. Kami dah tak ada apa-apa. Kami berpisah secara baik dan masing-masing dah move forward.
“Saya minta maaf, tentang mengapa hubungan kami berakhir itu biarlah saya simpan sendiri kerana ia hal peribadi saya,” kata Mimi.
Tambah bintang filem Pusaka ini lagi, enggan mempertikaian soal jodoh kerana semuanya merupakan suratan takdir.
“Lagipun siapalah kita untuk mempersoalkan tentang jodoh. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya,” kata Mimi positif.
Mimi dan Syafiq Kyle bercinta sejak lima tahun lalu namun hanya mendedahkan mengenai perkara tersebut pada pertengahan tahun 2019.
Bagaimanapun kedua-dua pelakon sama cantik sama padan itu menafikan menyorok kisah cinta mereka, sebaliknya berbuat demikian kerana kurang selesa berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka.
#Putus Cinta #Syafiq Kyle #Mimi Lana
;