Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mengaku Kononya Lelaki Paling ‘Alpha’, Suami Baru Fatin Afeefa Dikecam Netizen

Shahrin Zulkifle
18/01/2023 02:00 MYT

Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering berkongsi rutin harian mereka kepada peminat menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok.

Terbaharu, menerusi satu sesi live yang diadakan baru-baru ini, ada netizen yang bertanya bagaimana cara Aliff memikat Fatin.

Jawab Alif dia tidak meletakkan kesungguhan untuk mengorat isterinya. Sebaliknya, aktres berusia 29 tahun sendiri yang memulakan langkah untuk memikat dirinya.

“Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada saya. Itu yang agak sukar sebenarnya.

“Jadi, masa saya nak mengorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin sebenarnya,” kata Aliff.

undefined

Dalam masa sama, Aliff turut menjelaskan mengenai perihal dominan, tegas dan alpha yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk memikat perempuan.

“Kalau korang jadi lelaki yang dominan, alpha male atau jadi lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik.

“Jadi masa saya ngorat Fatin, saya tak ambil banyak effort, tapi dia yang lagi banyak effort daripada saya.

“So kalau korang jadi lelaki sejati, nak ngorat perempuan sangat senang,” katanya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Aliff telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan wargamaya terutama kaum wanita.

Malah, ada segelintir wargamaya yang menganggap kata-kata yang diberikannya itu agak keterlaluan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Suami Isteri #Fatin Afeefa #Aliff Awang
;