Viral
Mengaku Sebagai “Ratu Sedunia”, Wanita Ini Dakwa Dia Sebagai Waris Kerajaan Langit
Seorang wanita telah mencuri perhatian warganet selepas menggelarkan dirinya sebagai ‘Ratu Sedunia’ dan membuat dakwaan mengejutkan bahawa dia adalah pewaris kerajaan Surya Loka Langit.
Menurutnya, dia berhak mencairkan harta warisan di 17 negara, termasuk Indonesia.
Dalam kenyataannya, wanita ini mendakwa bahawa dia merupakan pewaris kerajaan Mataram Kuno, dengan gelaran tersebut dikembalikan kepadanya oleh Paduka Raja Ngahiang, Raja Bumi, dan Raja Lautan.
"Saya merupakan pewaris kerajaan Surya Loka Langit sebagai kerajaan Mataram Kuno. Poletra sudah dikembalikan kepada saya oleh Paduka Raja Ngahiang, Raja Bumi, Raja Lautan," katanya.
Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa bahawa harta warisan tersebut berasal dari puteranya, John Kennedy, yang kononnya telah menyerahkan berlian seberat 57 kilogram kepada Ibu Pertiwi pada tahun 1957.
"Dana dari Jerman Prasasti Dinasti itu dipegang oleh Jerman bersama kakak saya, Raja Wali atau Ratu Wali, puteri kepada Dewa Ngahiang.
“Pada masa itu, putera saya, John Kennedy, telah menyerahkan harta kepada Ibu Pertiwi pada tahun 1957. Perjanjiannya adalah berlian nyagut warna mawar merah, dengan berat 57 kilogram," jelasnya.
Wanita ini turut membuat tuduhan serius terhadap dua bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Joko Widodo (Jokowi). Dia menuduh kedua-dua pemimpin tersebut tidak mematuhi peraturan antarabangsa dalam pencetakan mata wang negara.
"Saya tidak mahu menandatangani urusan Jokowi dan SBY kerana mereka tidak mematuhi peraturan PBB. Mereka telah mengambil wang dan mencetak mata wang baru, kemudian meminta tanda tangan saya," tambahnya.
Selain itu, dia turut mendakwa bahawa Amerika Syarikat telah mencetak mata wang melebihi had yang dibenarkan, sekali gus menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem kewangan dunia.
Wanita ini dilihat menyampaikan kenyataannya sambil memegang tongkat, mengenakan baju berwarna hijau lumut, serta memakai beberapa pingat di bajunya.
Dakwaan luar biasa ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, dengan ramai yang mempertikaikan kesahihan kenyataannya.