Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mengaku Suntik Muka & Bibir, Zara Zya Buat Bersebab; “Usia Meningkat, Jadi Timbul Kedutan…”

Shahrin Zulkifle
15/02/2023 12:00 MYT

Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan perubahan pada hormon, pelakon Zara Zya mengaku mengambil suntikan vitamin di bahagian bibir dan wajah.

Kata Zara, suntikan berkenaan telah membantu mengurangkan kedekutan pada kulit selain memberikan kesan lebih tegang pada bibir.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia semakin meningkat, jadi timbul kedutan dan saya buat sedikit suntikan. Bila ada peluang, why not.

“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang. Apabila tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” katanya menerusi temubual bersama Melodi.

Dalam pada masa, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, menjelaskan dirinya juga sudah bersedia sekiranya bakal dikecam netizen gara-gara perubahan yang berlaku pada wajahnya.

Malah, bagi aktres tersebut, penampilan adalah perkara yang penting untuk dititikberatkan memandangkan dirinya seorang selebriti.

“Saya tidak kisah dan terpulanglah. Lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat, namun terpulanglah pada pendapat setiap individu.

“Mungkin ada orang tidak ditawarkan peluang sama macam saya, tetapi kalau mereka ada peluang, mungkin mereka akan mencuba juga.

“Dalam media sosial, orang boleh je cakap apa mereka mahu. Nak buat atau tidak, terpulanglah.

“Saya seorang selebriti, penampilan adalah perkara yang perlu saya jaga secara keseluruhannya.Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap akan ada kecaman dan tilikan daripada netizen,” tambahnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Zara Zya #Cucuk Muka #Suntik Vitamin
;