Penyanyi baharu, Nasrul Ikhwan tampil mencuba nasib dengan single terbaharunya berjudul Merana.

Bakat seni pemilik nama Nasrul Ikhwan Noor Azman ini dicungkil melalui program realiti televisyen RTM, Bintang Kecil 2018.

Walaupun baru berusia 13 tahun namun banyak pengalaman yang sangat berharga dapat dipelajari sewaktu menyertai program realiti dan menjadikan Nasrul lebih matang untuk menelusuri perjalanan sebagai anak seni.

Kelunakan suara Nasrul diharapkan bakal mengulit para pendengar melalui corong-corong radio tanah air.

Mempertaruhkan single bergenre ‘Balada Rock”sebagai buah tangan sulung di bawah Beegood Music, Merana secara keseluruhannya memaparkan pengkisahan dan perihal kehidupan seharian yang mungkin di alami dalam Institusi kekeluargaan.

Digarap sebaiknya oleh penulis (Edyzad Aziz), bait lirik serta susunan muzik ini bakal membuatkan para pendengar ralit.

Malah muzik video Merana yang disiarkan secara rasmi di YouTube Beegood Music hari ini mendapat respon positif pendengar.

Hasil karya terbaru ini diharapkan damat memeriahkan lagi persada seni tanah air terutamanya dalam bidang muzik tanah air yang sekarang ini masih lagi dalam keadaan pasif akibat daripada COVID 19.

Nasrul juga berharap hasil karya ini dapat diterima diseluruh Malaysia, malah bakal menghiburkan semua peminat di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Selain YouTube, hasil karya terbaru ini juga boleh di dengari di semua platform digital.