Laman Utama

Mengangguk Faham, Radhi OAG Mengaku Tak Bersalah Pukul Bekas Isteri

gempak
Syafiqah Jalal
22/04/2022
04:20 MYT
Sponsor Banner
Mengangguk Faham, Radhi OAG Mengaku Tak Bersalah Pukul Bekas Isteri
Penyanyi Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isterinya, Selasa lalu.
Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Tertuduh diwakili Haziq Aizuddin Subhi mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Kelmarin, penyanyi itu ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas isterinya, Ayu atau Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.
Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana mangsa dikatakan enggan bergambar dengan suspek, sehingga artis itu didakwa marah dan memukul badan wanita berkenaan menyebabkannya lebam serta anggota badan sakit.
Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak berusia enam dan tujuh tahun.
Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara.
Sumber/foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live