Laman Utama

“Mengarut, Boleh Menyebabkan…”- Rebus Mask Nak Buang Cacing, Doktor Tampil Sangkal Dakwaan Tersebut

gempak
Syafiqah Jalal
10/04/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
“Mengarut, Boleh Menyebabkan…”- Rebus Mask Nak Buang Cacing, Doktor Tampil Sangkal Dakwaan Tersebut
Kisah tular seorang pengguna Facebok yang bertindak merebus pelitup muka atau face mask sebelum digunakan kerana mendakwa terdapat cacing halus itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.
Terbaharu, ia turut mendapat perhatian doktor perubatan, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman yang tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut menerusi Facebooknya.
Dr Arisman melarang supaya pelitup muka jenis tiga lapisan itu dibasuh atau masak (rebus) kerana ia akan memudaratkan si pemakai.
“Bila pelitup muka itu sudah basah, ia akan mengganggu penapisan kuman atau zarah di lapisannya sehingga menyebabkan kesukaran bernafas apabila seseorang memakainya.
“Pada masa sama, ada kajian menunjukkan kecekapan penapisan atau filtration efficiency menjadi rendah iaitu di bawah 95 peratus,” beritahu Dr Arisman.
Malah menegaskan pelitup muka yang dibeli itu hanyalah untuk sekali guna sahaja (single use).
“Nak pakai untuk sehari boleh, tetapi bukan sampai dua atau tiga hari tau!,” tegasnya.
Jika ragu-ragu mengenai kebersihan pelitup muka, saranan Dr Arisman, kaedah lainnya, orang ramai boleh membeli pelitup muka jenis kain agar ia dapat dicuci dan dipakai semula.
Mengulas dakwaan cacing terdapat pada pelitup muka pula, Dr Arisman berkata, ia kes yang belum pernah didengarnya sejak berada dalam dunia perubatan.
“Cacing? Hmm tak tahulah nak komen apa sebab tak pernah jumpa lagi seumur hidup ada cacing dalam face mask yang saya pakai sejak belajar 13 tahun lepas. Mengarut,” katanya lagi.
Selain itu, pesannya lagi, tidak perlu menyembur alkohol pada pelitup muka kerana itu sangat bahaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024