Kalau anda pernah menonton siri aksi komedi penyiasatan popular Austin Powers, anda patut juga layan filem pertama arahan Nabil Ahmad, Mat Bond Malaya!

BACA: Mega!!! Baru Tayang Semalam, Mat Bond Malaya Duduki Tangga #1 Carta Filem Top 5 Astro First

Memang tak masuk akal, tetapi lawak dan jenaka yang ditampilkan dalam filem ini sangat mencuit hati.

Buktinya, ramai yang memberikan komen sedemikian dan menyifatkan filem Mat Bond Malaya sebagai sebuah filem komedi santai dan sempoi.

"Filem ini kategori macam Austin Powers punya stail. Mengarut tapi kelakar. Maknanya just santai dan jangan terlalu hype.

"For some reason, reviu ni menyebabkan aku nak lagi tengok Mat Bond Malaya. Filem-filem simple ni ada charm dia. You just need to turn off your brain and enjoy.

"Bagi aku target dorang mungkin family sebab filem ini keluar masa raya, mungkin dia nak satu keluarga tonton dan gelak sama-sama. Seronok terutamanya bila ko layan dengan sanak saudara yang tak kisah sangat pasal filem," tulis sebagian pengguna di laman sosial.



Filem Mat Bond Malaya dibintangi Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan ramai lagi.

Filem Mat Bond Malaya mengisahkan tentang Mat yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6, tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi kepada G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr Ebel.

Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi. Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia.

Saksikan filem Mat Bond Malaya yang telah berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 20 Julai 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook,Twitter Astro Shaw.